SENYUM seindah suria, yang membawa cahaya, SENYUMlah dari hati duniamu berseri... SENYUM umpama titian, dalam kehidupan, kau terSENYUM ku terSENYUM, kemesraan menguntum... SENYUM... kepada semua, SENYUManmu amatlah berharga, SENYUM... membahagiakan, dengan SENYUMan terjalinlah ikatan...

Tuesday, October 9, 2007

.::Matawang Dunia::.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Takrif:

Terdapat pelbagai takrifan berkenaan wang atau duit dalam ekonomi, akan tetapi kini mana-mana barangan yang memenuhi syarat wang boleh menjadi wang, iaitu menjadi suatu medium pertukaran, penyimpan nilai dan unit akaun. Sesetengah penulis mahukan wang menjadi satu piawai langsaian hutang juga [1]. Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai satu mata, terutama tukaran mata wang dengan status tender sah; akaun deposit yang dalam sesuatu mata wang yang berkenaan juga dikira sebagai bekalan wang, walaupun ini masih agak baru.

Penggunaan wang adalah alternatif mudah kepada sistem barter, yang pada zaman moden ini tidak cekap kerana ia memerluan keperluan serentak antara pedagang dan persetujuan nilai barangan berkenaan. Kemunculan wang adalah fenomena semula jadi yang diperhatikan muncul di semua tamadun dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa atau kerajaan. Penggunaan wang dalam masyarakat dengan ini menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan menyeluruh.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Etimologi:

Dalam pelbagai bahasa, perkataan untuk wang adalah serupa atau seakan perkataan untuk emas atau perak.

Perkataan bahasa Inggeris "Money" mungkin berasal daripada istilah bahasa Latin moneta, yang bermaksud mint atau penghasilan siling (pengkoinan). Lihat juga etimologi Indo-Eropah dan Semitik di rencana sejarah wang.

Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah 'argent' yang bermaksud perak. Dalam bahasa Ibrani pula, perkataan 'kesepph' mempunyai dua makna iaitu perak dan wang.

Matawang utama Sepanyol sewaktu zaman penjajah yang lalu adalah bernilai sekeping duit bernilai lapan reales (disebut "riyals") atau lebih dikenali sebagai "pieces of eight". Kemudian ia dipanggil "peso".

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sejarah wang:

Wang telah terbentuk sepanjang masa daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang kepada kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan kompleks antarabangsa.

Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, barang yang digunakan sebagai wang mempunyai nilai intrinsik, iaitu ia mempunyai nilai walaupun tidak digunakan sebagai wang. Contohnya, nilai duit syiling emas tetap kekal walaupun inflasi menurunkan nilainya sebagai mata wang, manakala nilai wang kertas bergantung kepada nilai kewangan yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.

Wang fiat adalah suatu rekaan yang agak moden. Satu pihak berkuasa pusat (kerajaan) mereka satu bentuk duit baru yang mempunyai nilai sedia ada yang tidak penting. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat sering kali ditingkatkan oleh kerajaan pusat yang memerintah penerimaan wang ataupun dihukum di bawah undang-undang dan menuntut wang ini sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Banyak kali dalam sejarah, kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ciri ekonomi:

Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi empat syarat berikut:

Bahan pertukaran
Bahan pertukaran merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan kesulitan satu sistem tukar barang murni.

Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai dengan hal ini.
Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas juga dicampurkan tembaga untuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan dipotong atau dikikis dan dicairkan.

Unit akaun
Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang.

Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau dileburkan menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak sesuai dijadikan wang.
Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah tidak sesuai sebagai wang.
Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu untuk memudahkan pengiraan.

Penyimpan nilai
Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali - dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.

Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu, makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.
Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.
Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.

Kecairan pasaran
Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.

Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang dalam kata lain kos transaksi yang rendah.
Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.
Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi mungkin mengubah masa depan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jenis wang:

Terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.

Wang komoditi
Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama [1]. Mata wang berasaskan komoditi sering dilihat lebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain.

Tiada wang yang sempurna walaupun emas adalah yang paling hampir. Emas bukanlah aset cairan memandangkan ia berkembang lebih kurang 4% untuk jual dan beli. Tambahan pula, emas kini adalah relatif kepada pasaran kecil dan harga emas boleh berubah sangat tinggi jika beberapa bilion dolar cuba untuk membeli emas. Walaupun emas itu sendiri tidak mereput, syiling emas mudah calar atau rosak ataupun dicairkan, dan ini akan mengurangkan nilainya dan mengurangkan juga kemampuan untuk keberkesanan atau penukaran syiling emas. Syiling emas sering dibuat dengan 10% tembaga untuk menambahkan ketahanannya seperti Kruggerrand, tetapi emas kini bukanlah selalunya 99.9% tulen mahupun .999 baik. Dari tahun 1980 hingga 2001, emas mempunyai nilai simpanan yang rendah dan tidak mempunyai nilai yang stabil apabila harga emas turun daripada $850 per auns kepada $255 per auns, dan ia juga diukur dalam dolar yang juga nilai rugi, maka pada ketinggian yang pada 1980 akan jadi lebih kurang $1600 per auns, tetapi nilai tepat adalah mustahil untuk diukur. Wang memanglah dijadikan ukuran dan timbangan yang jujur dan tulus tetapi tidak mudah mengukur nilai tukaran emas dengan dolar yang masing-masing berubah nilainya.

Pada tahun-tahun 1500 dan 1600-an, emas dan perak dijumpai dalam kuantiti yang banyak di Dunia Baru dan dibawa pulang ke Eropah untuk ditukar menjadi syiling. Disebabkan lambakan ini, nilai membeli syiling emas turun antara 60% hingga 80%, dalam kata lain harga barangan lain, kerana bekalan barang untuk dijual tidak dapat bersaing dengan peningkatan bekalan wang [2]. Tambahan lagi, nilai relatif perak terhadap emas turut jatuh [3]. Namun kelebihan emas dan perak ialah bekalannya tidak dapat ditambah sewenang-wenang oleh bank pusat.

Satu lagi ciri wang komoditi ialah nilai dagangan komoditi tersebut boleh jadi lebih tinggi dari nilai perantara pertukaran. Apabila ini terjadi, orang akan meleburkan syiling untuk dijual semula seperti yang terjadi di Amerika Syarikat.


Wang fiat
Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan [1]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.

Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.

Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang-kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [4]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.

Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.


Wang kredit
Wang kredit merupakan tuntutan terhadap orang (sama ada dari segi fizikal atau undang-undang) yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan [1]. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian.

Risiko ini perlu ditanggung kedua-dua pembeli dan penjual. Pembeli mungkin tidak dapat (atau tidak mahu) membayar. Sekiranya ini berleluasa, pembekal dan pemberi khidmat tidak dapat terus menghasilkan barangan atau menawarkan perkhidmatan. Ini akan mengurangkan bekalan dan meninggikan harga, dan mungkin mencetuskan stagflasi. Dalam kes ekstrem, ia boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh, amalan ingkar terhadap wang kredit dianggap sebagai antara sebab utama Kemelesetan Besar pada 1930-an [5].

Risiko kedua ialah masa. Wang kredit merupakan janji untuk pembayaran akan datang. Jika kadar faedah tidak dapat mengimbangi kadar inflasi (atau deflasi) dan nilai masa wang, penjual akan menerima nilai wang yang kurang berbanding yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ekonomi kewangan:

Wang merupakan topik utama yang dipelajari dalam bidang ekonomi dan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kewangan. Monetarisme adalah teori ekonomi yang kebanyakannya berkisar tentang penawaran dan keperluan untuk wang tunai. Kestabilan keperluan untuk wang tunai sebelum tahun 1980-an merupakan hasil kajian utama kerja Milton Friedman, Anna Schwartz, David Laidler dan banyak lagi. Perubahan teknikal, institusi dan perundangan telah mengubah ciri-ciri keperluan wang tunai semasa tahun 1980-an.

Perubahan teknikal, keinstitusian dan undang-undang telah mengubah keadaan permintaan wang semasa 1980-an dan sejak itu pengaruh monetarisme makin berkurang.

Polisi kewangan merupakan proses kerajaan, bank pusat atau pihak berkuasa dalam kewangan menguruskan penawaran wang untuk mencapai matlamat tertentu. Biasa matlamat polisi kewangan ialah untuk memberi ruang bagi pembangunan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil. Sebagai contoh, adalah jelas dicatatkan di dalam Akta Simpanan Persekutuan A.S. bahawa Lembaga Gabenor dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus dapat "mempromosi secara berkesan matlamat memaksimumkan buruh, menstabilkan harga dan mengawal selia kadar faedah jangka panjang." [6]

Polisi kewangan yang gagal boleh menjejaskan ekonomi dan masyarakat yang bergantung kepadanya. Ini termasuklah hiperinflasi, stagflasi, kemelesetan, pengangguran berleluasa, kekurangan barangan import, ketidakupayaan mengeksport barangan, bahkan kegagalan sistem kewangan hingga terpaksa kembali sistem ekonomi barter yang sememangnya kurang efisien. Ini berlaku di Rusia contohnya, setelah kejatuhan Kesatuan Soviet.

Kerajaan dan bank pusat telah mengambil kedua-dua pendekatan pengawalan dan pasaran bebas berkenaan polisi kewangan. Antara cara yang digunakan untuk mengawal penawaran wang termasuklah:

pembelian atau penjualan mata wang
peningkatan atau penurunan perbelanjaan kerajaan
peningkatan atau penurunan peminjaman kerajaan
penukaran kadar peminjaman atau pemberian pinjaman
pemanipulasian kadar pertukaran wang
cukai atau pelepasan cukai modal yang diimport atau dieksport
peningkatan atau penuruanan keperluan simpanan bank
pengawalan atau larangan mata wang persendirian
Terdapat banyak hujah sejarah tentang kombinasi fungsi wang, sesetengah pihak berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak pengasingan dan satu unit tunggal tidak mencukupi untuk mewakili kesemua fungsi tersebut. Modal kewangan adalah definisi yang lebih umum dan merangkumi semua instrumen cair, tidak mengira sama ada instrumen tersebut merupakan tender yang seragam.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mata wang persendirian:

Dikebanyakan negara, pengisuan wang kertas persendirian adalah dikawal dengan ketat mengikut undang-undang negara masing-masing.

Wang kertas persendirian 1 dolar, yang dikeluarkan oleh "Syarikat Jambatan Delaware" di New Jersey 1836-1841.Di Amerika Syarikat, ketika Era Perbankan Bebas yang berlaku antara 1837 dan 1866, pelbagai negeri, munisipal, bank persendirian, syarikat keretapi serta syarikat pembinaan, kedai runcit, restoran, gereja dan para individu telah mencetak lebihkurang 8,000 jenis wang kertas menjelang tahun 1860. Sekiranya pengisu wang kertas jatuh muflis, tutup kedai atau meninggalkan pekan tersebut, maka matawangnya tidak akan bernilai lagi. Organisasi-organisasi tersebut diberi nama jolokan "wildcat banks" atau bank harimau liar kerana reputasi mereka yang tidak boleh dipercayai dan juga lokasi mereka ditempat terpencil yang mempunyai penduduk yang berperangai seperti "harimau liar" dan bukannya manusia. Namun demikian, menurut Lawrence H. White's dalam artikelnya The Freeman: Ideas on Liberty - October 1993 "rupanya sebahagian besar tentang perbankan "harimau liar" adalah mitos semata-mata. Walaupun kisah bank tersebut menghiburkan; dan akibatnya ia sering diulangi dalam buku-buku teks; para sejarah ekonomi moden mendapati hanya segelintir bank sahaja yang boleh didefinasikan sebagai bank harimau liar". Akta Bank Nasional 1863 telah menamatkan era "bank harimau liar".

Di Australia, Akta Cukai Nota Bank 1910 telah menutup pengedaran matawang persendirian dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada amalan tersebut. Banyak negara lain telah melaksanakan polisi yang sama untuk membasmi saingan dari sektor swasta.

Manakala di Scotland dan Ireland Utara bank-bank swasta telah diberi lesen oleh kerajaan untuk mencetak matawang kertas mereka sendiri. Matawang ini adalah dipanggil "currency notes" dan hanya boleh digunapakai sebagai matawang di kawasan dimana ia diisukan.

Pada hari ini, wang elektonik persendirian adalah dalam pengedaran. Sebahagian daripadanya adalah disokong seperti matawang yang lalu iaitu dalam bentuk emas, seperti matawang emas digital. Transaksi matawang ini adalah berjumlah beberapa bilion Dolar Amerika dalam setahun.

Disamping emas, platinum dan perak, terdapat kemungkinan wang keluaran persendiran disokong oleh bahan lain seperti tenaga (diukur dalam joules) atau pengangkutan (diukur dalam kilogram*kilometer/jam) atau makanan [2] dan ianya boleh diterima oleh masyarakat awam, sekiranya ia disahkan oleh undang-undang. Adalah penting untuk memahami bahawa selagi wang adalah persetujuan untuk menggunakan sesuatu sebagai medium pertukaran, ia adalah bergantung kepada komuniti (atau pihak yang berkuasa atas komuniti tersebut) untuk menentukan sama ada wang disokong oleh sebarang bahan atau wujud di alam maya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bekalan wang:

U.S. Bekalan Wang AS dari 1959-2006Bekalan wang adalah jumlah wang yang terdapat dalam ekonomi khusus tersedia bagi membeli barangan atau perkhidmatan. Bekalan ini dianggap sebagai empat kategori meningkat M0, M1, M2 and M3.

Apabila emas digunakan sebagai wang, bekalan wang boleh meningkat melalui dua cara. Pertama, bekalan wang boleh meningkat bersama dengan peningkatan emas baru dilombong pada 2% setiap tahun, tetapi ia juga mampu meningkat dengan lebih tinggi pada ketika tempoh serbuan emas dan jumpaan baru, sebagaimana apabila Columbus menjumpai dunia baru dan membawa emas kembali ke Sepanyol, atau apabila emas dijumpai di California pada tahun 1849. Peningkatan sebegini membantu penghutang, dan menyebabkan inflasi, kerana nilai emas menurun. Kedua, bekalan wang boleh meningkat apabila nilai emas meningkat, kerana ini menjadikan stok emas semasa semakin berharga. Peningkatan ini membantu penyimpan dan pemiutang dan dikenali sebagi deflasi, di mana barangan jualan semakin murah berbanding emas. Deflasi merupakan keadaan yang lebih biasa selama 100 tahun, apabila emas digunakan sebagai wang di AS dari 1792 hingga 1913.

Kegagalan matawang kertas yang paling ketara ialah sebagai penyimpan nilai yang stabil. Semua matawang kertas dilanda dengan inflasi, dan penurunan nilai dalam masa akan datang. Walaupun inflasi adalah baik bagi pemberi hutang, ia adalah khabar buruk bagi penyimpan.

Para pelabur ingin mengekalkan atau menambahkan kekayaan mereka, dan mereka akan membeli matawang yang tetap kukuh dan bernilai. Pada 2006, perdagangan pasaran matawang adalah melebihi $1 trilion setiap hari. Selain itu pada tahun yang sama, semua emas didunia mempunyai nilai sebanyak $3.5 trilion.


Penguncupan bekalan matawang kertas
Mungkin cara yang paling mudah untuk menghapuskan matawang kertas adalah dengan membakar matawang tersebut ataupun mengeluarkannya dari edaran bank pusat. Tetapi perlu diingat wang yang sah diperlakukan ini hanya membentuk kurang 4% bekalan wang secara keseluruhannya.

Sistem perbankan sekarang adalah berdasarkan pecahan simpanan, bermakna wang boleh dimusnahkan jika para penyimpan mengeluarkan wang dari bank. Apabila wang telah dikeluarkan, wang tersebut tidak boleh lagi digunakan untuk peminjaman dan hanya sebagai sebahagian pecahan sistem simpanan yang memberi pengaruh kepada pewujudan wang, juga memberi pengaruh kepada pemusnahan wang. Simpanan bank sebenarnya adalah suatu bentuk pinjaman — penyimpan meminjamkan wang mereka kepada bank pada kadar faedah yang rendah atau sekadar tukaran kepada faedah atas kemudahan atau keselamatan (menerima bahawa mereka akan kehilangan sedikit nilai atas inflasi). Bank boleh menggunakan pinjaman ini untuk menguruskan tanggungan (tanggungan deposit mereka dicipta melalui pinjaman). Perlu diingat bahawa sistem perbankan simpanan persekutuan "kebanyakannya" adalah sistem tertutup. Cek yang dikeluarkan oleh bank A dideposit ke dalam bank B dan cek yang dikeluarkan di bank B dideposit di bank C dan cek yang dikeluarkan di bank C dideposit di bank A. Pada hari yang baik, terlalu sedikit peminjaman perlu dibuat kerana bank mendapat nilai deposit baru sebanyak nilai yang tabungan yang dikeluarkan. Malahan jika bank kekurangan simpanan, bank boleh meminjam simpanan dari bank lain pada kadar "diskaun".

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penanda Aras Matawang Dunia:

Ini adalah matawang utama yang digunakan di dalam dagangan[7].

Australia - Australian Dollar (AUD)
Kanada - Canadian Dollar (CAD)
Kesatuan Kewangan Eropah (EUR-12) - Euro (EUR)
Hong Kong - Hong Kong Dollar (HKD)
Jepun - Japanese Yen (JPY)
Switzerland - Swiss Franc (CHF)
United Kingdom - Pound Sterling (GBP)
United States - US Dollar (USD)
Selain matawang tersebut di atas, emas dan perak juga didagangkan di seluruh dunia di dalam pasaran matawang:
Emas (XAU) disebut dalam 1 auns menaik
Perak (XAG) disebut dalam 1000 auns मेनैक

No comments: