SENYUM seindah suria, yang membawa cahaya, SENYUMlah dari hati duniamu berseri... SENYUM umpama titian, dalam kehidupan, kau terSENYUM ku terSENYUM, kemesraan menguntum... SENYUM... kepada semua, SENYUManmu amatlah berharga, SENYUM... membahagiakan, dengan SENYUMan terjalinlah ikatan...

Friday, October 19, 2007

.::Sejuk-Imtihan-Tarian-Bola Sepak::.

Pengalaman bulan kedua di MU'TAH

Salam perantauan...Musim sejuk kunjung tiba, tatkala aku mencoret bingkisan ini, akan tiba ATASE pendidikan dari Malaysian Student Department "MSD" (aku pun x bape knal) melawat kerumah kami, nasib baik umah x bape berselerak... heheh mmg sejuk hampr tiba.. aku ni dah lah x ape tahu st musim ni cam ne.. pakaian pun x prepare lg..sejuk2 ni mmg membuatkan diri kita hampir kpd katil dan tilam.. hampir lumpuh sistem peratahanan diri ku..ku gagahkan iri ini utk mengejar ilmu dibumi Anbiya' ni.. pergh.. ayat.. :) pd 17 hb baru ni, hujan turun tiba2 tatkala aku sedang memasak.. bukan kepalang seronok..maklumlah 1st time ujan sejak aku sampai Jordan ni.. ape lagi.. main ujan lah kami, tpj just renyai2 je.. mmg sedap tido mlm tu.. tp sejuk. serius.. pg tu plak, cuaca mendung, angin bertiup kencang.. adakah ini petanda musim sejuk? getus hati kecil ku...tatkala musi sejuk inilah mcm2 imtihan akan berlangsung.. dah lah aku x prepare sgt.. cam ne kan.. mmg takut gler.. doa2kan aku selamat menjawab dgn tenang.. InsyaAllah..pada 18hb (semlm) aku berkesempatan utk curi2 tgk satu majlis perkahwinan arab, ape yg menark perhatian aku ialah tariannya.. semua laki.. lagu mmg kuat gler.. aku,amz, dgn wan sj tgk dari luar.. sbb dia wat kat dgn khemah.. tiba2 ade org arab tgk kami dok kat luar.. dia punya syok, trus tarik kami masuk kedlm. aku lah org perama masuk.. bukannya ape, aku just nak tahu budaya diaorg.. tmbh2 aku amik sastera aab kat cni.. mmg cam x ingat dunia diaorg menari...aku dihidang teh, halawiyat (manisan).. sedap..aku sempat wat rakaman diaorg menari.. kalu ade masa aku tayang kat korang.. hampir sejam kami lepak2 dlm tu, kami pun minta izin keluar utk balik rumah.. lega dibuatnya.. walaupun hampir2 disuruh menari.. (HARUS DIINGAT AKU X MENARI) hehee.. keesokannya pula, ade game bola antara pelajar2 senior dan junior.. walaupun hari panas terik, ku gagahkan diri utk main. nasib baik x de cedera ape2..risau gak.. tmbh2 nak imtihan (exam) ni... aku main defend jer. x pandai ar main bola sgt ni.. kalu badminton, bola tampar tu kira ok lah.. kami main atas padang carpet. mmg cam kat Wembley.. hehhe ok lah.. mlm ni ade sambutan raya plak.. penatnya.. nak tidur dulu.. salam....
Kalau tuan pergi ke Segambut,
Belikan saya ikan kekek,
Cakaplah dengan berlemah lembut,
Gunakanlah bahasa yang baik.

Wednesday, October 17, 2007

.::Tazkirah Syawal::.

Anak Derhaka
Salam Syawal buat pembaca smua.. moga2 Ramadhan yg baru melabuhkan tirainya byk mengajar sifat2 positif dan membina dlm hidup kita insyaAllah.. Dah puasa 6? Sy pun masih mencari tarikh yg sesuai.. moga2 ketemu insyaAllah.. kali ni sy ingin berkongsi maklumat dan sedikit nasihat moga2 kita menjadi insan yg bertambah sempurna dinegeri sementara ini... mungkin topik yg sy mahu bincangan ini dianggap enteng oleh sesetengah pembaca tetapi sedar atau tidak, isu ini semakin kritikal dan parah jika kita kaji mengapa perkara ini boleh berlaku...
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s. a. w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah...."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak- kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila i! nsaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan! terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.! Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf disebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
--->ihsan fauzynm.tripod.com

Sunday, October 14, 2007

.::15 minit lagi???::.

Pergh... Raya ke3...

salam sayang... sbnrnya tajuk je gempak, tp x de ape2 pun, just nak kongsi ckit pasal news2 raya ke 3 ni.. smuanya citer dlm umah je.. 15 minit tu sbnrnya waktu kritikal ketika kami sedang nyenyak tidur dlm bilik masing2.. tiba2 member aku (ikhwan) dpt calling yg mengatakan ade org nak dtg umah, diaorang tgh on da way.. 15 minit lg nak sampai.. ape lg mmg kelam kabut la dibuatnya.. dah la x de ape nak hidang, yg dtg plak tu Ustaz Usman yg tgh wat master kat cni, Bekas Imam Masjid Shah Alam tu, mmg gler dibuatnya.. tie tu lah nak kemas rumah.. lps 10 minit, diaorang pun sampai, aku terus masak spagetti goreng.. serius mmg x sdap siot. cincai kira lah.. pastu ade plak lbih2 tomyam kami yg dh 3 hari.. aku pun perhangat kan je lah.. alih2 diaorg puji tomyam je.. hampeh btul... hehehe nasib baek x kutuk spagetti aku.. hohoho pastu mlm nya plak, bait pesiden palak nak datang.. naseb baek bg tau awl, leh prepare pe yg patut.. kami hidang western food.. mmg gempak, fun fries, 2 set pizza, roti, dll.. mmg sdap habes... antara yg dtg, Muhammad, Nain, Lutfy, Adam..diaorg mmg kenyang.. mane yg x habes, kami plak yg sapu sampai licin dibuatnya... k lah, sehingga berjumpa lagi... salam.
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Jordan atau di M'sia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya.