SENYUM seindah suria, yang membawa cahaya, SENYUMlah dari hati duniamu berseri... SENYUM umpama titian, dalam kehidupan, kau terSENYUM ku terSENYUM, kemesraan menguntum... SENYUM... kepada semua, SENYUManmu amatlah berharga, SENYUM... membahagiakan, dengan SENYUMan terjalinlah ikatan...

Sunday, November 11, 2007

Suka Duka Imtihan Awal


Pahit Getir Imtihan


Salam Mu'tah...Imtihan awal dah pun berlalu, sebenarnya imtihan awal ni aku x brape nak target utk score btul2 sbb aku nak tau mcm mana bentuk imtihan awal kat Universiti Mu'tah ni atau dalam kata lain, nak cari pengalaman dulu. 5 subjek smuanya dan semua natijah telahpun diketahui... ada yang :) (boleh dibanggakan) dan ada yang :( (mengecewakan)... kalau yang ok tu haruslah dikekalkan manakala yang mengecewakan pula haruslah dipertingkatkan.. sekurang2nya aku dah cuba yang yang terbaik sepanjang 2 bulan aku mengejar ilmu disini... fokus aku disini ada 2: 1) cemerlang dalam pelajaran. 2) Kuwayys dlm mua'malah dgn penduduk arab disini. Bahasa arab aku disini x lah sehebat pelajar2 lain, tapi aku masih mencuba utk fasih dlm pertuturan arab sehari2.. pasal result aku td, aku masih lemah sbnrnya walaupun ada subjek yg aku leh score.. imtihan thani akan datang ini aku akan pastikan a'lamah aku setanding dgn mahasiswa arab disini... InsyaAllah.. Mak Ayah doakan Anakmu disini selamat selalu.. Ilalliqa'..

Monday, November 5, 2007

Sambutan Aidilfitri Di Bayt Heik Nizom

Jemputan ke Rumah Terbuka Heik Nizom pada
9 November 2007
Akhawat & Mutazawwij : 12.00 tgh hari-3.00 ptg
Syabab : 4.00 ptg-7.00 mlm
Peta : Seperti dibwh...

Jemput kerumah tau smua... ;)

Friday, November 2, 2007

Sehari Bersama Mak Njang.. (Bekas DeeJay Radio Perak 1980-1989) @ nama sebenarnya Latifah Ibrahim...

Kenangan bersama DJ

Salam Mu'tah.. Pengalaman bermakna buat diriku dan sahabat2ku apabila kami dipertemukan dgn seorang insan yg petah berkata dan periang tatkala kami menuju ke Alia International Airport..kami ke Airport adalah utk mengambil anak 2 org anak ibu yg akan sampai dr M'sia.. kami bertolak pd jam 2 ptg, dan sblm itu kami sempat mkn tgh hari diumah ibu.. (ibu yg jemput, heheh). Ditakdirkan Tuhan, van yg kami sewa utk ke airport itu turut dinaiki Mak Njang.. rupa2nya beliau mahu pulang ke rumah sewanya di Amman, beliau bercuti di Mu'tah ini utk membeli belah kerana katanya disini murah x mcm di Amman yg cekik darah.. beliau menginap dirumah ibu selama beliau di Mu'tah.. ketika didalam perjalanan ke Amman yg mengambil masa 2 jam itu, beliau x henti2 bercakap dan mengusik kami.. mmg happening sgt dlm van tu.. kami diberitahu yg beliau iu DJ setelah ibu memberitahu perkara sebenar... terkezut gak.. jumpa gak org prk dicni.. org Teluk Anson lg tu.. :) mcm2 benda yg disembangkannya sehingga x kering gusi dibuatnya.. antara bahan ilmiah yg disebutnya "kita kalu diMalaysia sudah biasa dengan semangat kenegerian, tetapi di Jordan ini, ambillah semangat kenegaraan utk hidup disini..."sungguh bermakna kata2 tu, maklumlah bekas DJ.. beliau rupa2nya berkahwin dgn org Jordan disini.. rumah sebenarnya diIrbid.. Sempat juga aku jd penterjemah beliau ketika beliau hendak membeli minyak wangi di Amman.. hehehe selepas ketibaan anak ibu, kami terus ke AlFarid.. tempat membeli belah.. x lah besar sgt.. tp brg2nya bleh dikatakan murah.. Mak Njang pun sempat membeli belah kerana 10hb November ini beliau akan akan pulang ke Malaysia.. dan penulis sempat juga bergambar kenang2ngan di Alfarid.. sempat juga.. hehehe selepas tu, kami dibawa menuju ke Apartment Mak Njang di Amman utk menghantar beliau.. sesak gak van tu dibuatnya kerana byk sungguh brg2 yg kami beli td.. berhimpitlah ckit.. hehehe setelah tiba di Apartment Mak Njang, kami dijemput naik skali dgn Driver yg bernama Eid.. kami solat Jamak dan dihidangkan teh melayu dan roti telur.. lepas juga penat lelah kami.. berjumpalah juga dgn suami MAk Njang.. bleh ckp melayu tau.. maklumlah pernah duduk Malaysia 11 tahun.. kira2 jam 9.30 mlm, kami pun berangkat pulang ke Mu'tah meninggalkan Mak Njang dn suaminya.. alhamdulillah semunya diatur Tuhan dgn selamat.. jam 12.30 tgh mlm kami pun sampai kerumah ibu. dijamu lagi dgn mkn mlm plak.. sungguh baik ibu.. x terbalas jasa mu Ibu.. selepas tu, kami bertiga pun baliklah di tgh2 pekan Mu'tah yg sunyi.. kerana byk brg nak bwk, aku pun menyewa van utk balik kerumah.. sampai dirumah, driver van tu nak mintak 75 Qurush plak, padahal kebiasaanya 50 Qurush je... aku bg je 50 Qurush trus masuk rumah... dan dia pun beredar.. hehehe nak menipu lah tu... sampai gak umah.. tanpa byk ckp, aku menarik selimut tebal 10kg tu, trus membaluti sekujur tubuh ni hingga ke pagi.. sekian saja.... salam Mu'tah..

Saturday, October 27, 2007

My Vision

Semoga hari2 anda lebih ceria dgn senyuman yang indah... Mubtaseem ( yang terSENYUM ) :)


Collection From yummyflashy.blogspot.com



Wednesday, October 24, 2007

.::Arab Jordan Melayu Malaysia::.

Tsaqafah Penduduk Arab Jordan

Sebelum itu, ayuh kita sedekahkan Al-FATIHAH buat Allahyarham Zaid yang telah kembali kerahmatullah baru2 ini... beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Mesir.
"21 Oktober, `Asyirah Muhammadiah, Kaherah- seorang pelajar lepasan KIAS yang baru tiba di Mesir, saudara Zaid bin Muhammad telah menghembuskan nafas terakhir apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Solah Salim, Kaherah." Setelah 2 bulan aku menetap dicni, pelbagai perkara2 baru dpt aku pelajari dan dalami. alhamdulillah aku dpt menyesuaikan diri walaupun perbezaan tsaqafah yg berbeza antara Malaysia Jordan.. Disini aku tertarik utk berbicara mengenai sedikit pengetahuan mengenai sebuah negara yg bernama Jordan ini.. PERTAMANYA dari segi pakaian, pada awal kedatangan ku kesini, agak terkejut apabila susahsgt nak nampak pompuan (bukannya nak menggatal) di tgh2 pekan Mu'tah ni, samada di kedai ke, pekan2 ke, jalan2 ke, ataupun ditmpt diawam, tetapi bila di Jamiah, masyaAllah... mcm smut pompuan ni, mmg dah adat cni, pompuan x digalakkan utk keluar ke tmpt2 terbuka.. Yang eloknya dicni, pompuan2 kat cni masih menjaga aurat walaupun ade segelintir yg dah terkesan dgn pengaruh barat.. seksi2 mereka plak x lah melampau sgt mam di Malaysia yg menampakkan pusat (pusat serenti) hehehe ataupun sewaktu dengannya.. KEDUANYA masalah air kat cni mmg kerap terjadi, baru2 ni rumah aku ketiadaan air, adusssss.... betapa peritnya hidup tanpa air, nak masak suasah, nak solat kna g surau, kalu x mandi tu perkara biasalah sbb airnya terlalu sejuk.. kalu leh x nak lgsg sentuh air.. hehe ok lah, bersambung lagi dlm posting akan datang... salam...

Friday, October 19, 2007

.::Sejuk-Imtihan-Tarian-Bola Sepak::.

Pengalaman bulan kedua di MU'TAH

Salam perantauan...Musim sejuk kunjung tiba, tatkala aku mencoret bingkisan ini, akan tiba ATASE pendidikan dari Malaysian Student Department "MSD" (aku pun x bape knal) melawat kerumah kami, nasib baik umah x bape berselerak... heheh mmg sejuk hampr tiba.. aku ni dah lah x ape tahu st musim ni cam ne.. pakaian pun x prepare lg..sejuk2 ni mmg membuatkan diri kita hampir kpd katil dan tilam.. hampir lumpuh sistem peratahanan diri ku..ku gagahkan iri ini utk mengejar ilmu dibumi Anbiya' ni.. pergh.. ayat.. :) pd 17 hb baru ni, hujan turun tiba2 tatkala aku sedang memasak.. bukan kepalang seronok..maklumlah 1st time ujan sejak aku sampai Jordan ni.. ape lagi.. main ujan lah kami, tpj just renyai2 je.. mmg sedap tido mlm tu.. tp sejuk. serius.. pg tu plak, cuaca mendung, angin bertiup kencang.. adakah ini petanda musim sejuk? getus hati kecil ku...tatkala musi sejuk inilah mcm2 imtihan akan berlangsung.. dah lah aku x prepare sgt.. cam ne kan.. mmg takut gler.. doa2kan aku selamat menjawab dgn tenang.. InsyaAllah..pada 18hb (semlm) aku berkesempatan utk curi2 tgk satu majlis perkahwinan arab, ape yg menark perhatian aku ialah tariannya.. semua laki.. lagu mmg kuat gler.. aku,amz, dgn wan sj tgk dari luar.. sbb dia wat kat dgn khemah.. tiba2 ade org arab tgk kami dok kat luar.. dia punya syok, trus tarik kami masuk kedlm. aku lah org perama masuk.. bukannya ape, aku just nak tahu budaya diaorg.. tmbh2 aku amik sastera aab kat cni.. mmg cam x ingat dunia diaorg menari...aku dihidang teh, halawiyat (manisan).. sedap..aku sempat wat rakaman diaorg menari.. kalu ade masa aku tayang kat korang.. hampir sejam kami lepak2 dlm tu, kami pun minta izin keluar utk balik rumah.. lega dibuatnya.. walaupun hampir2 disuruh menari.. (HARUS DIINGAT AKU X MENARI) hehee.. keesokannya pula, ade game bola antara pelajar2 senior dan junior.. walaupun hari panas terik, ku gagahkan diri utk main. nasib baik x de cedera ape2..risau gak.. tmbh2 nak imtihan (exam) ni... aku main defend jer. x pandai ar main bola sgt ni.. kalu badminton, bola tampar tu kira ok lah.. kami main atas padang carpet. mmg cam kat Wembley.. hehhe ok lah.. mlm ni ade sambutan raya plak.. penatnya.. nak tidur dulu.. salam....
Kalau tuan pergi ke Segambut,
Belikan saya ikan kekek,
Cakaplah dengan berlemah lembut,
Gunakanlah bahasa yang baik.

Wednesday, October 17, 2007

.::Tazkirah Syawal::.

Anak Derhaka
Salam Syawal buat pembaca smua.. moga2 Ramadhan yg baru melabuhkan tirainya byk mengajar sifat2 positif dan membina dlm hidup kita insyaAllah.. Dah puasa 6? Sy pun masih mencari tarikh yg sesuai.. moga2 ketemu insyaAllah.. kali ni sy ingin berkongsi maklumat dan sedikit nasihat moga2 kita menjadi insan yg bertambah sempurna dinegeri sementara ini... mungkin topik yg sy mahu bincangan ini dianggap enteng oleh sesetengah pembaca tetapi sedar atau tidak, isu ini semakin kritikal dan parah jika kita kaji mengapa perkara ini boleh berlaku...
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s. a. w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah...."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak- kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila i! nsaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan! terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.! Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf disebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
--->ihsan fauzynm.tripod.com

Sunday, October 14, 2007

.::15 minit lagi???::.

Pergh... Raya ke3...

salam sayang... sbnrnya tajuk je gempak, tp x de ape2 pun, just nak kongsi ckit pasal news2 raya ke 3 ni.. smuanya citer dlm umah je.. 15 minit tu sbnrnya waktu kritikal ketika kami sedang nyenyak tidur dlm bilik masing2.. tiba2 member aku (ikhwan) dpt calling yg mengatakan ade org nak dtg umah, diaorang tgh on da way.. 15 minit lg nak sampai.. ape lg mmg kelam kabut la dibuatnya.. dah la x de ape nak hidang, yg dtg plak tu Ustaz Usman yg tgh wat master kat cni, Bekas Imam Masjid Shah Alam tu, mmg gler dibuatnya.. tie tu lah nak kemas rumah.. lps 10 minit, diaorang pun sampai, aku terus masak spagetti goreng.. serius mmg x sdap siot. cincai kira lah.. pastu ade plak lbih2 tomyam kami yg dh 3 hari.. aku pun perhangat kan je lah.. alih2 diaorg puji tomyam je.. hampeh btul... hehehe nasib baek x kutuk spagetti aku.. hohoho pastu mlm nya plak, bait pesiden palak nak datang.. naseb baek bg tau awl, leh prepare pe yg patut.. kami hidang western food.. mmg gempak, fun fries, 2 set pizza, roti, dll.. mmg sdap habes... antara yg dtg, Muhammad, Nain, Lutfy, Adam..diaorg mmg kenyang.. mane yg x habes, kami plak yg sapu sampai licin dibuatnya... k lah, sehingga berjumpa lagi... salam.
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Jordan atau di M'sia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya.

Saturday, October 13, 2007

.::Raya @ MSD (Malaysian Student Department Embassy of Malaysia)::.

Rumah Terbuka MSD

Salam aidlifitri buat mak ayah dan tunang tersayang di Malaysia... disini aku nak cite ckit pengalaman raya kedua aku di pejabat pelajar2 m'sia kat cni.. sekitar jam 11 pg, kami berkumpul di Masjid Syuhada' di pekan Mutah untuk menaiki bas ke Amman.. Perjalanan mengambil masa 2 jam shj utk sampai.. dan tepat jam 1 ptg, kami tiba di perkarangan MSD dan kelihatan berduyun2 pelajar M'sia masih menikmati juadah yg disediakan..Diantara pelajar M'sia yg tiba awal ialah dari Amman s'diri, Mafraq, Irbid dan sekitarnya.. Disinilah masanya utk mengenali budak2 yg mmg x penah aku kenal (maklumlah aku dtg lmbt ke Jordan ni, so x sempat nak ikut orientasi....) seelah mencari tmpt duduk utk lepak2, aku pun ke Buffet line utk tgk2 ape yg patut leh mkn... mcm2 disedakan, satay, roti jala, nasi minyak, nasi impit, kuih2 raya... mmg 3 round aku mkn... hehehe tatkala asyik menjamah satay, aku disapa oleh Basyar, bdk 1 group masa kat BTN Shah Alam.. mmg terkezut.. jumpa gak org kenal... sempat la gak bergambar dgn mamat handsome ni... ehhee pas habis berborak dgn dia, kami pun carilah port cantik2 utk bergambar kenang2an... bleh lah tgk2 gambar2 ni kat cni... sekitar jam 3.30, bas pun sampai menandakan asa utk berangkat ke Mu'tah.. mmg happening raya kali ni.. cayalah MSD... semoga berjumpa lg... salam..
Tinggi sungguh terbang Rajawali,
Bintang di langit yang dicari,
Manusia di pagi Raya juga mencari,
Ampun maaf menyusun sepuluh jari.

Friday, October 12, 2007

.::Salam Lebaran Dari Mu'tah::.

Raya Pertama di Perantauan


Allahuakbar.. Allahukbar.. Allahuakbar.. Takbir raya memecah sunyi disubuh hari andai anda berada disebuah negara yg bernama Malaysia.. Tetapi jika anda berada di satu wilayah yg diberi nama Mu'tah, deruan mercun dan bunga api yg menutupi organ telinga anda... tiada takbir raya disubuh hari spt diMalaysia.. beginilah suasana lebaran yg disambut pelajar2 M'sia diJordan ini termasuklah saya... Solat sunat Aidilfitri disini berlangsung seawal jam 7 pagi bg org2 arab disni.. tetapi pelajar M'sia solat beramai2 di surau belakang rumah spt waktu M'sia jam 8.30 pg... seterusnya sessi bergambar pun dijalankan untuk memeriahkn suasana. Seterusya aku dan sahabat2 trus menuju ke rumah Dr। Malik As-Sa'adi yg merupakan abg kepada Dr। Razak As-Sa'adi ( org arab pertama yg ajar aku bah। arab semasa aku menuntut di kolej Islam॥), beliau sebenarnya patah kaki dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak॥ SHAFAKALLAH... kasihan pun ada... InsyaAllah akan sembuh x lama lg॥ dirumah beliau, kami dihidangkan dengan coklat dan manisan2 yg sedap sgt॥ x seperti diM'sia yg byk dgn kuih raya... beliau merupakan org yg paling Tsiqah pernah aku jumpa॥ tawaddhu', alim, penuh dgn keimanan diwajah beliau.. aku jd pelik sbb ramai yg call dia masa beraya kat umah dia.. rupa2ya ramai nak tanya pasal hukum solat jumaat yg jatuh pd raya pertama.. Dr. Malik menjawab solat Jumat adalah WAJIB.... aku sempat bergambar dgn Dr. Malik... gumbira sgt.. hehehe setelah jam hampir menunjukkan jam 11 pg, kami pun bergerak kerumah Ust. Usman, beliau mengambil master disini dan merupakan imam besar di Masjid Shah Alam.. tiada rakaman gambar dpt dibuat.. aku hanya mkn nasi impit dan kuih kacang.. diantara episod duka raya pertama ialah pelajar M'sia dibedil dgn mercun hinggakan ada yg terbakar kain bj raya.. sedih... manakala Ust Usman s'diri berdarah kakinya kerana dibaling mercun oleh budak2 arab yg liar... pada malamnya pula kami beraya kerumah pelajar2 M'sia berdekatan utk mengeratkan silaturrahim.. sekian raya pertama yg sungguh bermakna.. Sedih juga hati ni bila teringatkan insan tersayang di M'sia terutamanya tunang tersayang... salam...
Masak rendang dengan santan
Bangkitkan selera tetamu semua
Di sini kami mengambil kesempatan
Memohon maaf pada semua

Tuesday, October 9, 2007

.::Matawang Dunia::.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Takrif:

Terdapat pelbagai takrifan berkenaan wang atau duit dalam ekonomi, akan tetapi kini mana-mana barangan yang memenuhi syarat wang boleh menjadi wang, iaitu menjadi suatu medium pertukaran, penyimpan nilai dan unit akaun. Sesetengah penulis mahukan wang menjadi satu piawai langsaian hutang juga [1]. Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai satu mata, terutama tukaran mata wang dengan status tender sah; akaun deposit yang dalam sesuatu mata wang yang berkenaan juga dikira sebagai bekalan wang, walaupun ini masih agak baru.

Penggunaan wang adalah alternatif mudah kepada sistem barter, yang pada zaman moden ini tidak cekap kerana ia memerluan keperluan serentak antara pedagang dan persetujuan nilai barangan berkenaan. Kemunculan wang adalah fenomena semula jadi yang diperhatikan muncul di semua tamadun dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa atau kerajaan. Penggunaan wang dalam masyarakat dengan ini menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan menyeluruh.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Etimologi:

Dalam pelbagai bahasa, perkataan untuk wang adalah serupa atau seakan perkataan untuk emas atau perak.

Perkataan bahasa Inggeris "Money" mungkin berasal daripada istilah bahasa Latin moneta, yang bermaksud mint atau penghasilan siling (pengkoinan). Lihat juga etimologi Indo-Eropah dan Semitik di rencana sejarah wang.

Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah 'argent' yang bermaksud perak. Dalam bahasa Ibrani pula, perkataan 'kesepph' mempunyai dua makna iaitu perak dan wang.

Matawang utama Sepanyol sewaktu zaman penjajah yang lalu adalah bernilai sekeping duit bernilai lapan reales (disebut "riyals") atau lebih dikenali sebagai "pieces of eight". Kemudian ia dipanggil "peso".

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sejarah wang:

Wang telah terbentuk sepanjang masa daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang kepada kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan kompleks antarabangsa.

Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, barang yang digunakan sebagai wang mempunyai nilai intrinsik, iaitu ia mempunyai nilai walaupun tidak digunakan sebagai wang. Contohnya, nilai duit syiling emas tetap kekal walaupun inflasi menurunkan nilainya sebagai mata wang, manakala nilai wang kertas bergantung kepada nilai kewangan yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.

Wang fiat adalah suatu rekaan yang agak moden. Satu pihak berkuasa pusat (kerajaan) mereka satu bentuk duit baru yang mempunyai nilai sedia ada yang tidak penting. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat sering kali ditingkatkan oleh kerajaan pusat yang memerintah penerimaan wang ataupun dihukum di bawah undang-undang dan menuntut wang ini sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Banyak kali dalam sejarah, kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ciri ekonomi:

Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi empat syarat berikut:

Bahan pertukaran
Bahan pertukaran merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan kesulitan satu sistem tukar barang murni.

Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai dengan hal ini.
Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas juga dicampurkan tembaga untuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan dipotong atau dikikis dan dicairkan.

Unit akaun
Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang.

Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau dileburkan menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak sesuai dijadikan wang.
Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah tidak sesuai sebagai wang.
Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu untuk memudahkan pengiraan.

Penyimpan nilai
Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali - dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.

Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu, makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.
Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.
Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.

Kecairan pasaran
Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.

Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang dalam kata lain kos transaksi yang rendah.
Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.
Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi mungkin mengubah masa depan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jenis wang:

Terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.

Wang komoditi
Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama [1]. Mata wang berasaskan komoditi sering dilihat lebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain.

Tiada wang yang sempurna walaupun emas adalah yang paling hampir. Emas bukanlah aset cairan memandangkan ia berkembang lebih kurang 4% untuk jual dan beli. Tambahan pula, emas kini adalah relatif kepada pasaran kecil dan harga emas boleh berubah sangat tinggi jika beberapa bilion dolar cuba untuk membeli emas. Walaupun emas itu sendiri tidak mereput, syiling emas mudah calar atau rosak ataupun dicairkan, dan ini akan mengurangkan nilainya dan mengurangkan juga kemampuan untuk keberkesanan atau penukaran syiling emas. Syiling emas sering dibuat dengan 10% tembaga untuk menambahkan ketahanannya seperti Kruggerrand, tetapi emas kini bukanlah selalunya 99.9% tulen mahupun .999 baik. Dari tahun 1980 hingga 2001, emas mempunyai nilai simpanan yang rendah dan tidak mempunyai nilai yang stabil apabila harga emas turun daripada $850 per auns kepada $255 per auns, dan ia juga diukur dalam dolar yang juga nilai rugi, maka pada ketinggian yang pada 1980 akan jadi lebih kurang $1600 per auns, tetapi nilai tepat adalah mustahil untuk diukur. Wang memanglah dijadikan ukuran dan timbangan yang jujur dan tulus tetapi tidak mudah mengukur nilai tukaran emas dengan dolar yang masing-masing berubah nilainya.

Pada tahun-tahun 1500 dan 1600-an, emas dan perak dijumpai dalam kuantiti yang banyak di Dunia Baru dan dibawa pulang ke Eropah untuk ditukar menjadi syiling. Disebabkan lambakan ini, nilai membeli syiling emas turun antara 60% hingga 80%, dalam kata lain harga barangan lain, kerana bekalan barang untuk dijual tidak dapat bersaing dengan peningkatan bekalan wang [2]. Tambahan lagi, nilai relatif perak terhadap emas turut jatuh [3]. Namun kelebihan emas dan perak ialah bekalannya tidak dapat ditambah sewenang-wenang oleh bank pusat.

Satu lagi ciri wang komoditi ialah nilai dagangan komoditi tersebut boleh jadi lebih tinggi dari nilai perantara pertukaran. Apabila ini terjadi, orang akan meleburkan syiling untuk dijual semula seperti yang terjadi di Amerika Syarikat.


Wang fiat
Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan [1]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.

Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.

Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang-kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [4]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.

Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.


Wang kredit
Wang kredit merupakan tuntutan terhadap orang (sama ada dari segi fizikal atau undang-undang) yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan [1]. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian.

Risiko ini perlu ditanggung kedua-dua pembeli dan penjual. Pembeli mungkin tidak dapat (atau tidak mahu) membayar. Sekiranya ini berleluasa, pembekal dan pemberi khidmat tidak dapat terus menghasilkan barangan atau menawarkan perkhidmatan. Ini akan mengurangkan bekalan dan meninggikan harga, dan mungkin mencetuskan stagflasi. Dalam kes ekstrem, ia boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh, amalan ingkar terhadap wang kredit dianggap sebagai antara sebab utama Kemelesetan Besar pada 1930-an [5].

Risiko kedua ialah masa. Wang kredit merupakan janji untuk pembayaran akan datang. Jika kadar faedah tidak dapat mengimbangi kadar inflasi (atau deflasi) dan nilai masa wang, penjual akan menerima nilai wang yang kurang berbanding yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ekonomi kewangan:

Wang merupakan topik utama yang dipelajari dalam bidang ekonomi dan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kewangan. Monetarisme adalah teori ekonomi yang kebanyakannya berkisar tentang penawaran dan keperluan untuk wang tunai. Kestabilan keperluan untuk wang tunai sebelum tahun 1980-an merupakan hasil kajian utama kerja Milton Friedman, Anna Schwartz, David Laidler dan banyak lagi. Perubahan teknikal, institusi dan perundangan telah mengubah ciri-ciri keperluan wang tunai semasa tahun 1980-an.

Perubahan teknikal, keinstitusian dan undang-undang telah mengubah keadaan permintaan wang semasa 1980-an dan sejak itu pengaruh monetarisme makin berkurang.

Polisi kewangan merupakan proses kerajaan, bank pusat atau pihak berkuasa dalam kewangan menguruskan penawaran wang untuk mencapai matlamat tertentu. Biasa matlamat polisi kewangan ialah untuk memberi ruang bagi pembangunan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil. Sebagai contoh, adalah jelas dicatatkan di dalam Akta Simpanan Persekutuan A.S. bahawa Lembaga Gabenor dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus dapat "mempromosi secara berkesan matlamat memaksimumkan buruh, menstabilkan harga dan mengawal selia kadar faedah jangka panjang." [6]

Polisi kewangan yang gagal boleh menjejaskan ekonomi dan masyarakat yang bergantung kepadanya. Ini termasuklah hiperinflasi, stagflasi, kemelesetan, pengangguran berleluasa, kekurangan barangan import, ketidakupayaan mengeksport barangan, bahkan kegagalan sistem kewangan hingga terpaksa kembali sistem ekonomi barter yang sememangnya kurang efisien. Ini berlaku di Rusia contohnya, setelah kejatuhan Kesatuan Soviet.

Kerajaan dan bank pusat telah mengambil kedua-dua pendekatan pengawalan dan pasaran bebas berkenaan polisi kewangan. Antara cara yang digunakan untuk mengawal penawaran wang termasuklah:

pembelian atau penjualan mata wang
peningkatan atau penurunan perbelanjaan kerajaan
peningkatan atau penurunan peminjaman kerajaan
penukaran kadar peminjaman atau pemberian pinjaman
pemanipulasian kadar pertukaran wang
cukai atau pelepasan cukai modal yang diimport atau dieksport
peningkatan atau penuruanan keperluan simpanan bank
pengawalan atau larangan mata wang persendirian
Terdapat banyak hujah sejarah tentang kombinasi fungsi wang, sesetengah pihak berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak pengasingan dan satu unit tunggal tidak mencukupi untuk mewakili kesemua fungsi tersebut. Modal kewangan adalah definisi yang lebih umum dan merangkumi semua instrumen cair, tidak mengira sama ada instrumen tersebut merupakan tender yang seragam.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mata wang persendirian:

Dikebanyakan negara, pengisuan wang kertas persendirian adalah dikawal dengan ketat mengikut undang-undang negara masing-masing.

Wang kertas persendirian 1 dolar, yang dikeluarkan oleh "Syarikat Jambatan Delaware" di New Jersey 1836-1841.Di Amerika Syarikat, ketika Era Perbankan Bebas yang berlaku antara 1837 dan 1866, pelbagai negeri, munisipal, bank persendirian, syarikat keretapi serta syarikat pembinaan, kedai runcit, restoran, gereja dan para individu telah mencetak lebihkurang 8,000 jenis wang kertas menjelang tahun 1860. Sekiranya pengisu wang kertas jatuh muflis, tutup kedai atau meninggalkan pekan tersebut, maka matawangnya tidak akan bernilai lagi. Organisasi-organisasi tersebut diberi nama jolokan "wildcat banks" atau bank harimau liar kerana reputasi mereka yang tidak boleh dipercayai dan juga lokasi mereka ditempat terpencil yang mempunyai penduduk yang berperangai seperti "harimau liar" dan bukannya manusia. Namun demikian, menurut Lawrence H. White's dalam artikelnya The Freeman: Ideas on Liberty - October 1993 "rupanya sebahagian besar tentang perbankan "harimau liar" adalah mitos semata-mata. Walaupun kisah bank tersebut menghiburkan; dan akibatnya ia sering diulangi dalam buku-buku teks; para sejarah ekonomi moden mendapati hanya segelintir bank sahaja yang boleh didefinasikan sebagai bank harimau liar". Akta Bank Nasional 1863 telah menamatkan era "bank harimau liar".

Di Australia, Akta Cukai Nota Bank 1910 telah menutup pengedaran matawang persendirian dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada amalan tersebut. Banyak negara lain telah melaksanakan polisi yang sama untuk membasmi saingan dari sektor swasta.

Manakala di Scotland dan Ireland Utara bank-bank swasta telah diberi lesen oleh kerajaan untuk mencetak matawang kertas mereka sendiri. Matawang ini adalah dipanggil "currency notes" dan hanya boleh digunapakai sebagai matawang di kawasan dimana ia diisukan.

Pada hari ini, wang elektonik persendirian adalah dalam pengedaran. Sebahagian daripadanya adalah disokong seperti matawang yang lalu iaitu dalam bentuk emas, seperti matawang emas digital. Transaksi matawang ini adalah berjumlah beberapa bilion Dolar Amerika dalam setahun.

Disamping emas, platinum dan perak, terdapat kemungkinan wang keluaran persendiran disokong oleh bahan lain seperti tenaga (diukur dalam joules) atau pengangkutan (diukur dalam kilogram*kilometer/jam) atau makanan [2] dan ianya boleh diterima oleh masyarakat awam, sekiranya ia disahkan oleh undang-undang. Adalah penting untuk memahami bahawa selagi wang adalah persetujuan untuk menggunakan sesuatu sebagai medium pertukaran, ia adalah bergantung kepada komuniti (atau pihak yang berkuasa atas komuniti tersebut) untuk menentukan sama ada wang disokong oleh sebarang bahan atau wujud di alam maya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bekalan wang:

U.S. Bekalan Wang AS dari 1959-2006Bekalan wang adalah jumlah wang yang terdapat dalam ekonomi khusus tersedia bagi membeli barangan atau perkhidmatan. Bekalan ini dianggap sebagai empat kategori meningkat M0, M1, M2 and M3.

Apabila emas digunakan sebagai wang, bekalan wang boleh meningkat melalui dua cara. Pertama, bekalan wang boleh meningkat bersama dengan peningkatan emas baru dilombong pada 2% setiap tahun, tetapi ia juga mampu meningkat dengan lebih tinggi pada ketika tempoh serbuan emas dan jumpaan baru, sebagaimana apabila Columbus menjumpai dunia baru dan membawa emas kembali ke Sepanyol, atau apabila emas dijumpai di California pada tahun 1849. Peningkatan sebegini membantu penghutang, dan menyebabkan inflasi, kerana nilai emas menurun. Kedua, bekalan wang boleh meningkat apabila nilai emas meningkat, kerana ini menjadikan stok emas semasa semakin berharga. Peningkatan ini membantu penyimpan dan pemiutang dan dikenali sebagi deflasi, di mana barangan jualan semakin murah berbanding emas. Deflasi merupakan keadaan yang lebih biasa selama 100 tahun, apabila emas digunakan sebagai wang di AS dari 1792 hingga 1913.

Kegagalan matawang kertas yang paling ketara ialah sebagai penyimpan nilai yang stabil. Semua matawang kertas dilanda dengan inflasi, dan penurunan nilai dalam masa akan datang. Walaupun inflasi adalah baik bagi pemberi hutang, ia adalah khabar buruk bagi penyimpan.

Para pelabur ingin mengekalkan atau menambahkan kekayaan mereka, dan mereka akan membeli matawang yang tetap kukuh dan bernilai. Pada 2006, perdagangan pasaran matawang adalah melebihi $1 trilion setiap hari. Selain itu pada tahun yang sama, semua emas didunia mempunyai nilai sebanyak $3.5 trilion.


Penguncupan bekalan matawang kertas
Mungkin cara yang paling mudah untuk menghapuskan matawang kertas adalah dengan membakar matawang tersebut ataupun mengeluarkannya dari edaran bank pusat. Tetapi perlu diingat wang yang sah diperlakukan ini hanya membentuk kurang 4% bekalan wang secara keseluruhannya.

Sistem perbankan sekarang adalah berdasarkan pecahan simpanan, bermakna wang boleh dimusnahkan jika para penyimpan mengeluarkan wang dari bank. Apabila wang telah dikeluarkan, wang tersebut tidak boleh lagi digunakan untuk peminjaman dan hanya sebagai sebahagian pecahan sistem simpanan yang memberi pengaruh kepada pewujudan wang, juga memberi pengaruh kepada pemusnahan wang. Simpanan bank sebenarnya adalah suatu bentuk pinjaman — penyimpan meminjamkan wang mereka kepada bank pada kadar faedah yang rendah atau sekadar tukaran kepada faedah atas kemudahan atau keselamatan (menerima bahawa mereka akan kehilangan sedikit nilai atas inflasi). Bank boleh menggunakan pinjaman ini untuk menguruskan tanggungan (tanggungan deposit mereka dicipta melalui pinjaman). Perlu diingat bahawa sistem perbankan simpanan persekutuan "kebanyakannya" adalah sistem tertutup. Cek yang dikeluarkan oleh bank A dideposit ke dalam bank B dan cek yang dikeluarkan di bank B dideposit di bank C dan cek yang dikeluarkan di bank C dideposit di bank A. Pada hari yang baik, terlalu sedikit peminjaman perlu dibuat kerana bank mendapat nilai deposit baru sebanyak nilai yang tabungan yang dikeluarkan. Malahan jika bank kekurangan simpanan, bank boleh meminjam simpanan dari bank lain pada kadar "diskaun".

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penanda Aras Matawang Dunia:

Ini adalah matawang utama yang digunakan di dalam dagangan[7].

Australia - Australian Dollar (AUD)
Kanada - Canadian Dollar (CAD)
Kesatuan Kewangan Eropah (EUR-12) - Euro (EUR)
Hong Kong - Hong Kong Dollar (HKD)
Jepun - Japanese Yen (JPY)
Switzerland - Swiss Franc (CHF)
United Kingdom - Pound Sterling (GBP)
United States - US Dollar (USD)
Selain matawang tersebut di atas, emas dan perak juga didagangkan di seluruh dunia di dalam pasaran matawang:
Emas (XAU) disebut dalam 1 auns menaik
Perak (XAG) disebut dalam 1000 auns मेनैक